Wednesday, December 1, 2010

Upcoming Events!


Terbaru di group saga freaks di facebook. Saudara Sapiqq sebut btol2 sapiiiqqqq. Haa! Beliau telah mencadangkan event untuk tahun depan iaitu bercuti-cutian! Oh ya! Aktiviti Mari Beronggeng ini sedang lagi dibincangkan. Seperti biasa. Perbincangan akan melibatkan perkara-perkara berikut:
  1. Lokasi
  2. Masa
  3. Bayaran
Jadi untuk langkah pertama iaitu memilih lokasi saudara Sapiq atau nama glamournya andrey arsapiq telah mencadangkan percutian di Pulau Tioman. Tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menyenaraikan challet/resort di Pulau Tioman. Jadi untuk memilih challet/resort dekat Pulau Tioman ini. Kita harus berbincang. Oicehh! berbincang tu! haha. Ok. Serious! bawah  ni adalah senarai resort yang dicadangkan oleh beliau.

  1. Salang Sayang Resort
    (http://www.salangsayangresort.com)
  2.  Tioman Swiss Cottage
    (http://www.samudra-swiss-cottage.com/swiss_cottage.html)
  3. Genting Bayu Chalet
    (http://www.pinganchorage.com.my/malaysia_hotel/tioman_genting_bayu_chalet.htm)
  4. Sun Beach Resort
    (http://www.sunbeachresort.com.my/index.htm)
Kedua ialah masa! Time! Waktu! Tarikh! dan seangkatannya. Saudara Sapiq telah mencadangkan pada bulan 3. Bulan Mac ya. Ini cadangan yang dikemukakan oleh beliau. Kenapa bulan 3? Haaa! bulan 3 hari jadi Sapiq. So kita boleh la bawak apa-apa yang patut. Hehe. Gurau je! Jangan marah saudara Sapiq. Bulan 3 ada ramai awek korea! Tu sapiq cakap ada orang cakap la. Kalau dia tipu orang yang cakap dekat dia tu tipu juga lah. 

Perkara seterusnya atau perkara yang terakhir ialah bayaran. Beliau tidak kisah sama ada anda berminat untuk mengambil pakej ataupun tidak. Jadi anda selaku perserta yang bakal menyertai Mari Ronggeng ini akan bermesyuarat, berbincang, berdiskusi, dan bermuafakat sesama sendiri untuk menentukan hala tuju Mari Ronggeng ini. Ok. Cukup!

Lain kali akan diupdate. Sebarang cadangan dan komen amat dialu-alukan. Sila tinggalkan komen atau cadangan anda di kotak komen dibawah ini. Sekian.


credits gambar - http://www.oise.utoronto.ca/oise/Home/index.html

 
Powered by Blogger